Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Friday, 30 September 2016

KUIH LAPIS CEMPEDAK

Salam sejahtera dan selamat ptg teman2 semua. Masa menulis nie cuaca kat luar tu dah mula nak hujan. Guruh dah kedengaran tapi tak hujan lagi. Anyway nak share citer sikit. Biasa laa luahan hati ptg2 camnie kannn hahaha. Seperti yg kita tahu usia kita semakin hari semakin bertambah dan tenaga yg kita miliki juga tidak makin bertambah malah asyik penat memanjang jerr. Apa seyy kalau dulu penat tu biasa2 jerr kejap rehat dah bertenaga mcm naga kann wahahahaha....tapi sekarang sejak usia makin up2 gitu makin penat dan luar biasa rehatnya LOLs hahaha. Rehat pun tak bole sekejap tau kurang2 tiga empat jam lelap pun nak kata ok pun susah hahaha. Pokoknya lepas rehat yg panjang bukan makin bertambah tenaga yg mcm naga tu tapi bertambah tenat lagi hado muahahaha. Susah nak citer tau tunggu laa nanti bila korg join club mak nie baru kita story mory lagi ek hahahaha for now tu imbas2an dia buat korg laa. Jgn nak kata korg tu kuat n very the not penat ek...jgn bedek hokey sbb mesin pun bole kena humban so pikir2 kan laa....hahaha pikir apa pulak ek kah3 gasak merapu jerr tau mak nie. 

Ok dah2 mak nak khabar nie smlm mak pandai2 try buat kuih lapis perisa cempedak nie....ishhh dia punya bau mak datokkk wanginyaa kalah perfume Laf Lolen (Ralph Lauren) I tau wahahaha ayat skemah kannn hehehe but seriously sesuatu perisa yg baru. Kemanisan kuih nie pun bergantung kepada buah cempedak tu sendiri. Kalau masak betul n manis mmg terbaik wa cakap lu. Lu baru pegang tu kuih ar org lain sudah gigit lu punya tangan wooo hahaha sbb hor dia punya bau mcm panggil2 serupa itu panggilan maut lolss hahahaha. Bagi yg sukakan buah cempedak nie bole laa mencuba resepi terbaru nie yerr...ok jom kita selak langsir tengok bahan2nya...




BAHAN2NYA (GUNA LOYANG  8" INCI)
  • 400 GM TEPUNG UBI DIAYAK
  • 100 GM TEPUNG BERAS DIAYAK
  • 500 ML PATI SANTAN PEKAT
  • 500 ML SANTAN CAIR
  • 400 GM GULA PASIR (BOLE KURANG DAN LEBIHKAN MENGIKUT CITARASA)

CEMPEDAK PASTE (BLEND HALUS)
  • 300 GM ISI CEMPEDAK
  • 3 SUDU BESAR GULA
  • 200 ML AIR MASAK
** BLEND BAHAN2 PASTE HINGGA LUMAT DAN KETEPIKAN ** PLS TAKE NOTE KALAU CEMPEDAKNYA TERLALU MASAK DAN MANIS TAK PERLU LETAK GULA YERR. **





CARA2NYA

1. MASAK SANTAN PEKAT, SANTAN CAIR DAN GULA HINGGA MENDIDIH SEDIKIT SERTA GULANYA LARUT. MATIKAN API DAN MASUKKAN CEMPEDAK PASTE KEDALAMNYA DAN KACAU RATA SERTA DIBIARKAN SEJUK SEPENUHNYA.

2. SETELAH ADUNAN SEJUK MASUKKAN TEPUNG UBI DAN TEPUNG BERAS. KACAU RATA DAN BLEND ADUNAN NIE HINGGA LUMAT.

3. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN SAMA BANYAK DAN WARNAKAN.

4. GRIS LOYANG 8" INCI DENGAN MINYAK MASAK DAN PANASKAN LOYANG.

5. MASUKKAN 200ML WARNA YG PERTAMA KEDALAM LOYANG DAN MASAK SELAMA 4 - 6 MINIT. KETEBELAN ADUNAN BERGANTUNG KEPADA MASING2 BANYAK MANA NAK MASUKKAN. KIRA PLUS MINUS LAA YERR.

6. MASAK HINGGA HABIS. LAPISAN YG TERAKHIR DIMASAK SELAMA 20-30 MINIT SEBELUM DIANGKAT DAN DISEJUKKAN.

SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN : PUTERI MANJA










FOR THIS RECIPE

Thursday, 22 September 2016

KEK LAPIS PELANGI PRUNE

Assalamualaikum sahabat2 baking semua. Lama sangat putri tak masuk updatekan apa2 kan sini. Seriously memang rindu gilerr nak membebel kat sini tapi tu laa ada beberapa perkara yg putri tak dapat nak elakkan. So for now nampaknya masih bole update walaupun tak sekerap dulu...almaklum mcm bz tapi tak bz mana pun hua3. Biasa laa nak citer lebih2 nak lauhkan perasan susah tau nanti banyak hati yg bengkak sapa yg parah...diri sendiri kan. So takpe lah putri telan jerr ek kalau bole share pasti akan putri luahkan. Sebagai manusia yg tak sempurna putri sedaya upaya buat yg terbaik...I can just say dis ok....wat goes around comes ard...paham tak nie?? hahahaha kerr nak mak terjemahkan dia....senang citer buat baik balasnya baik laa...adoiii susah2 lak korg nak pikir kannn. Oh well actually putri nak citer alkisah N3 hari nie tau kek lapis pelangi nie. Rasa2nya dah beberapa kali juga putri try aneka jenis lapisan dan putri lebih suka kalau yg tak guna butter. Anyway kek nie kalau ada buah prune lebih kick tau n try masukkan dalam peti sejuk fuhhh superb baby ngee. Kek nie kalau botak camtu tak letak apa2 rasa dia mcm...hmmm mcm apa ek...mcm kek laa kann wahahaha apa punya ayat dahhh hahahaha. Kalau nak tau lu buat sendiri lu rasa lepas tu lu citer sama wa hokeyy hehehe. Ok laa takmo citer panjang kita senyum jerr ek sambil tu belek2 gambo...tu jerr nak cakap okbaiii hahahaha.  Jom redahh...




BAHAN2NYA (GUNAKAN LOYANG SIZE 6' INCI)

  • 5 BIJI TELUR GRED A
  • 75GM GULA KASTOR
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 1 SUDU KECIL OVALETTE
  • 250GM BUTTER
  • 150GM SUSU PEKAT MANIS
  • 75GM SERI KAYA
  • 50GM SERBUK HORLICKS
  • 150GM TEPUNG HONGKONG/TEPUNG GANDUM DIAYAK
** PASTIKAN LOYANG DISAPU MENTEGA DAN DIALAS DENGAN PARCHMENT PAPER BAHAGIAN BAWAH SAHAJERR. **







CARA2NYA


1. PUKUL TELUR, GULA, ESEN VANILA DAN OVALETTE HINGGA KEMBANG PEKAT.


2.  DIMANGKUK BERASINGAN PUKUL MENTEGA DAN SUSU PEKAT HINGGA PUTIH BERKRIM.

3. SATUKAN ADUNAN TELUR DAN BUTTER. GAUL HINGGA SEBATI.

4. AKHIR SEKALI MASUKKAN SERI KAYA, HORLICKS DAN TEPUNG. GAUL HINGGA BETUL2 RATA.

5. BAHAGIKAN ADUNAN  KEPADA  BEBERAPA BAHAGIAN. MENGIKUT CITARASA MASING2 DAN WARNAKAN SETIAP BAHAGIAN.

6. GRISKAN LOYANG DAN LETAK PARCHMENT PAPER BAHAGIAN BAWAH SAJERR. JGN LUPA PANASKAN OVEN TERDAHULU.

7. MASUKKAN LEBIH KURANG 4 SUDU BESAR(SUDU MAKAN) WARNA PERTAMA DAN BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA LEBIH KURANG 8-10 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2 DENGAN MENGGUNAKAN API ATAS SAHAJERR. PASTIKAN SEBELUM MASUKKAN ADUNAN SETERUSNYA HENDAKLAH DITEKAN2 PADA SETIAP LAPISAN KEK YG TELAH MASAK SUPAYA TIDAK GELEMBUNG (GUNA ALAT PENEKAN KEK LAPIS)

8. SETIAP 3 ATAU 4 LAPIS BOLE LAH SUSUN BUAH PRUNE ATAU TERPULANG KEPADA KEINGINAN MASING2.

9. BUAT HINGGA ABIS DAN LAPISAN TERAKHIR BAKAR SEPERTI BIASA HINGGA MASAK ATASNYA DAN TAMBAH 10 MINIT TERAKHIR DENGAN MENGGUNAKAN API ATAS BAWAH. TUTUP ATAS LOYANG DENGAN ALIMINIUM FOIL SUPAYA ADUNAN KEK TIDAK HANGUS ATASNYA.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : QASEY HANEY
RESEPI ASAL : DAYANG JACK
OLAHAN : PUTERI MANJA





FOR THIS RECIPE

Monday, 18 April 2016

CHOUX CRAQUELIN - CRUNCHY CREAM PUFF

Seperti yg putri janjikan tadi siang maka terlaksana sudah hasrat hendak berkongsi resepi Choux Crquelin nie dengan teman2 semua. Putri sedaya upaya menghabiskan edit mengedit secepatnya supaya teman2 dapat mencubanya secepat yg bole. Actually kann mak baru balik keje tau tapi mak gagahkan diri tuk masukkan n3 kali nie. Lambat la sikit kann sbbnya mak kena stop mana nak masak...solat n makan malam lagi kannn then nak rehat lagi hahaha biasa laa sejak dah remaja nie semakin lemau dibuatnya tau ngee. Kali nie tak bole nak story banyak yerr apa pun kita rempuh jerr laa tengok resepi terus...jom jom!

P.S puff nie takde cream pun dah sedap sbb atas puff tu dah memberi perisa yg seimbang harap maklum hehe tapi mak tetap letak cream gak sbb mak suka yg penuh gituu ngee.




BAHAN2

CRACKER CABBAGE
  • 40 GM BUTTER LEMBUT 
  • 50 GM BROWN SUGAR
  • 50 GM TEPUNG GANDUM - DIAYAK

BAHAN2


CABBAGE (PUFF)
  • 125 GM AIR
  •  60 GM BUTTER LEMBUT
  • SECUBIT GARAM
  • SECUBIT GULA KASTOR
  • 80 GM TEPUNG GANDUM - DIAYAK
  • 125 GM TELUR YG DIPUKUL SEDIKIT




CARA2 MEMBUAT CRACKER CABBAGE

1. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DAN GAUL DENGAN HUJUNG JARI HINGGA MENJADI SATU DOH YG TIDAK MELEKAT PADA TANGAN. BOLE LIHAT GAMBAR.

2. MASUKKAN DOH DALAM PLASTIK DAN SIMPAN DALAM FREEZER SELAMA 5 MINIT.

3. KELUARKAN DOH DAN CANAI DOH NIPIS2 DIANTARA DUA KERTAS PARCHMENT SEPERTI DALAM GAMBAR.

4. GUNAKAN COOKIES CUTTER YG BULAT BERSIZE 3CM (1"INCI) DAN CETAK HINGGA ABIS. SEKIRANYA ADUNAN MULA LEMBIK MASUKKAN SEMULA DALAM FREEZER SELAMA BEBERAPA MINIT DAN MULAKAN KEMBALI PROCESS CETAK SAMPAI HABIS. 

5. SIMPAN ADUNAN YG TELAH DICETAK DALAM TUPPERWARE DAN SEJUKKAN SEMULA DALAM FREEZER SEHINGGA TIBA WAKTU HENDAK MENGGUNAKANNYA.
















CARA2 MEMBUAT CABBAGE (PUFF)

1. SATUKAN AIR, BUTTER, GULA DAN GARAM DALAM PERIUK NON STICK DAN MASAK ATAS API YG SEDERHANA KECIL SEHINGGA BUTTER LARUT.

2. KECILKAN API DAN MASUKKAN TEPUNG GANDUM DAN KACAU2 HINGGA MENJADI SATU DOH YG TAK MELEKAT PADA PERIUK SEPERTI DALAM GAMBAR.

3. MATIKAN API DAN KLUARKAN ADUNAN DARI PERIUK DAN MASUKKAN KE DALAM MANGKUK MIXER.

4. PUKUL SEBENTAR ADUNAN BAGI MENYEJUKKANNYA SEDIKIT.

5. AKHIR SEKALI MASUKKAN TELUR SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL MEMUKUL HINGGA SEBATI BARSATU.

6. MASUKKAN ADUNAN DALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KEATAS LOYANG YG TELAH DIALAS PARCHMENT PAPER. PIPEKAN SEBESAR 1" INCI. BOLE LIHAT GAMBAR SEBAGAI RUJUKKAN. 

7. KLUARKAN ADUNAN CRACKER DAN LETAK ATAS ADUNAN PUFF SEPERTI DALAM GAMBAR. TEKAN SEDIKIT SUPAYA MELEKAT.

8. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 170C SELAMA 25-30 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SETELAH ADUNAN KEPERANGAN MATIKAN API OVEN. TANPA MEMBUKA PINTU OVEN, BIARKAN ADUNAN DIDALAM OVEN SELAMA 10 MINIT LAGI SEBELUM MENGELUARKANNYA. 

9. SETELAH 10 MINIT KLUARKAN ADUNAN DAN DIBIARKAN SEJUK SEBELUM MENYIMPANNYA DALAM TUPPERWARE KEDAP UDARA. NAK TERUS MAKAN PUN BOLE MMG SEDAP!!! ULANGI PROCESS MEMBAKAR PUFF YG LAIN HINGGA ABIS SEPERTI WAKTU YG TELAH DISYORKAN.

10. SEKIRANYA HENDAK MENGGUNAKAN APA2 CREAM PASTIKAN ADUNAN BETUL2 SEJUK BARU LAH BOLE MASUKKAN CREAM. UNTUK RESEPI CREAM SILA KLIK SINI

SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : MAMAN
OLAHAN : PUTERI MANJA










































FOR THIS RECIPE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...